Sajian

Konsep menu makanan kami juga agak berbeza dan unik. Konsept ini dikenali dengan nama SINO MELAYU. Ianya adalah satu kacukan masakan Melayu dan pelbagai jenis masakan kaum-kaum di Malaysia. Identiti menu makanan kami ini telah mendapat sambutan baik kerana ianya dapat diterima oleh semua kaum. Semua jenis masakan kami telah disahkan HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak.